Tuesday 8 March 2011

Berhijrah Meninggalkan Larangan ALLAH

قال الله تعالى :



إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ ٱللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ
ٱلَّذِينَ كَفَرُوا
۟ ثَانِىَ ٱثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِى ٱلْغَارِ إِذْ يَقُولُ
لِصَـٰحِبِهِ
ۦ لَا تَحْزَنْ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ
سَكِينَتَهُ
ۥ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُۥ بِجُنُودٍۢ لَّمْ تَرَوْهَا
وَجَعَلَ كَلِمَةَ ٱلَّذِينَ
كَفَرُوا۟ ٱلسُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ ٱللَّهِ هِىَ
ٱلْعُلْيَا
 ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ﴿٤٠﴾


Kalau
kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun
menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari
negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka
berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah
Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". maka Allah
menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya
Dengan bantuan tentera (malaikat) Yang kamu tidak melihatnya. dan Allah
menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya),
dan kalimah Allah (Islam) ialah Yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  
[Al-Taubah:
40]



Pengajaran ayat:

1.      Hijrah Nabi s.a.w. dari Makkah ke Madinah
al-Munawwarah adalah merupakan kemenangan besar bagi Nabi Muhammad s.a.w. dan
para sahabat serta Islam . Ini jelas di sebut dalam ayat di atas 
(فَقَدْ
نَصَرَهُ ٱللَّهُ
) , iaitu " Maka sesungguhnya Allah telah
memenangkan Nabi Muhammad s.a.w." .

2.      Walaupun Nabi s.a.w. dan para sahabat pada zahirnya di
halau keluar dari tanah air mereka, terpaksa meninggalkan sanak saudara, harta
benda dan Baitullah, tetapi sebenarnya mereka akan pergi ke suatu tempat
yang lebih selamat dan aman. Di Madinah mereka akan dapat beribadat kepada
Allah dengan lebih baik dan sempurna tanpa di halang atau di ganggu oleh
musyrikin Makkah dan musuh-musuh Allah.

3.      Semasa tempoh berdakwah di Makkah Nabi s.a.w. dan para
sahabat sentiasa di tekan, di hina, di seksa dan sebahagian sahabat di bunuh seperti
Sumayyah, Yaasir dan lain-lain. Nabi dan para sahabat juga di boikot dari segi
sosial dan ekonominya yang mana mereka (Bani Hasyim dan Bani Al-Muttalib)  di halang dari bernikah kahwin, berjual beli,
bercampur-gaul, bercakap dan masuk ke rumah puak musyrikin Makkah selama tiga
tahun bermula awal Muharram tahun ke tujuh selepas perlantikan Nabi sebagai
Rasul.

4.      Tempoh boikot ini adalah antara kemuncak kepada
keperitan dan penderitaan yang di hadapi oleh Rasululah s.a.w. dan para
sahabat. Suara tangisan anak-anak kecil dan wanita-wanita  kedengaran dari penempatan Bani Hasyim dan
Al-Muttalib di sebabkan kelaparan sehinggakan ada di kalangan mereka yang terpaksa makan daun-daun kayu
dan kulit-kulit binatang.

5.      Inilah harga bayaran yang telah di bayar oleh
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat untuk mendapat kemenangan dengan berhijrah
ke Madinah. Ini juga merupakan pra syarat bagi setiap kemenangan, tanpa
kesusahan dan penderitaan seperti ini tidak mungkin kemenangan akan datang
dengan mudah.

6.      Hijrah ini juga sebagai petanda bahawa Islam akan
tertegak dengan sepenuhnya dengan tertegaknya Negara Islam di Madinah.

7.      Untuk melaksanakan apa-apa perancangan mestilah di
dahului oleh perancangan yang teliti dan betul. Rasulullah s.a.w. sebelum berhijrah
telah merancang dengan penuh teliti dan berhati-hati agar perancangan berjalan
dengan sempurna dan jaya. Baginda telah melantik:

i.                   Abdullah bin Abu
Bakar sebagai perisik yang akan membawa berita-berita dari musyrikin Makkah
kepada baginda selama berada di Gua Thur.

ii.                Asma' binti Abu
Bakar sebagai pembawa makanan ke Gua Thur. Wanita di pilih supaya tidak dapat
di kesan atau di syaki membawa sesuatu.

iii.              Aamir bin Fuhairah
yang merupakan pengembala kambing, tugasnya memadamkan kesan tapak kaki
Abdulllah yang berulang alik dari Makkah ke Gua Thur. Beliau juga membekal susu
dari kambingnya untuk di minum oleh Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar.

iv.              Abdullah bin
Uraiqit seorang musyrik (kafir) tetapi boleh di percayai. Beliar pakar dalam
selok belok jalan-jalan alternative ke Madinah. Tugasnya memandu perjalanan
Rasullullah s.a.w. dan Abu Bakar  ke
Madinah setelah keluar dari Gua Thur.

8.      Rasulullah berhijrah dengan perintah Allah untuk
mendirikan sebuah masyarakat Islam yang harmoni dan sejahtera dan kesejahteraan
dan keamanan tidak mungkin tertegak tanpa keredhaan Allah. Oleh itu sebaik
sampai di Madinah,  projek pertama yang
di laksanakan oleh baginda ialah membina masjid. Walaupun berhijrah dalam
keadaan sehelai sepinggang dan tanpa rumah untuk di diami atau berehat tetapi
yang lebih penting dari itu ialah hubungan manusia sebagai hamba dengan
penciptanya sebagai Tuhan.

9.      Kemudian baginda membina hubungan ukhuwwah iaitu
mempersaudarakan antara golongan Ansar dan Muhajirin sehingga terbina satu
ikatan ukhuwwah yang kuat bahkan lebih kuat dari ikatan pertalian darah.


Unsur  ketiga
terpenting yang di bina oleh Rasulullah dalam membentuk masyarakat yang harmoni
dan sejahtera ialah ekonomi. Baginda membina pasar-pasar dan mendorong para
sahabat agar berniaga sehingga lahirlah peniaga-peniga yang kaya raya di
kalangan sahabat seperti Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan.

Adab-Adab Makan

Adab-adab makan

Doa

Bidayatul Hidayah

Jaga Allah, Allah jaga kamu

عَنْ عبدِ الله بنِ عبَّاسٍ رضي الله عنهما قالَ : كُنتُ خَلفَ النَّبيِّ - صلى الله عليه وسلم - فقال :(( يا غُلامُ إنِّي أعلِّمُكُ كَلماتٍ : احفَظِ الله يَحْفَظْكَ ، احفَظِ الله تَجِدْهُ تجاهَكَ ، إذا سَأَلْت فاسألِ الله ، وإذا استَعنْتَ فاستَعِنْ باللهِ ، واعلم أنَّ الأُمَّةَ لو اجتمعت على أنْ ينفعوك بشيءٍ ، لم ينفعوك إلاَّ بشيءٍ قد كَتَبَهُ الله لكَ ، وإنِ اجتمعوا على أنْ يَضرُّوكَ بشيءٍ ، لم يضرُّوك إلاَّ بشيءٍ قد كتبهُ الله عليكَ ، رُفِعَتِ الأقلامُ وجَفَّتِ الصُّحُفُ .
                                 [رواه الترمذيُّ ، وقال : حديثٌ حسنَ صَحيحٌ ]


Maksud hadith:
Dari Abdullah bin Abbas –radiyallahu anhuma- telah berkata: Adalah aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda: Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah (ajaran agama): Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamu. Jagalah Allah (nescaya ) kamu akan dapati Dia di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, apabila kamu memohon bantuan maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jikalau seluruh umat berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak berupaya untuk memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah kepada kamu. Dan sekiranya umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan apa yang telah di takdirkan Allah ke atas kamu. Telah di angkat pena-pena dan telah di tetapkan takdir-takdir.          [HR Al-Tirmiziy –Dan beliau berkata: hadith ini Hasan soheh]
Pengajaran hadith:
1.      Abdullah bin Abbas ketika kisah ini berlaku  masih kecil iaitu kurang dari sepuluh tahun. Ketika ini beliau menaiki unta bersama Rasulullah s.a.w. di bahagian belakang.
2.      Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w.  mesra kanak-kanak. Walaupun baginda seorang pemimpin agung dan RasuluLLah, tetapi baginda tidak segan untuk berkenderaan bersama kanak-kanak bahkan baginda pernah solat sambil mendukung cucu baginda Umamah. Baginda juga berhenti   berkhutbah apabila melihat cucu-cucunya Hasan dan Husin merangkak, lalu turun dari mimbar untuk mengambil dan mendukung mereka sambil meneruskan khutbah.
3.      Rasulullah s.a.w. adalah murabbi yang terbaik, baginda tidak pernah membuang masa dan peluang yang ada melainkan akan menggunakannya untuk mengajar dan mendidik manusia.
4.      Waktu dan peluang yang paling sesuai dan berkesan untuk mendidik ialah ketika kanak-kanak iaitu ketika jiwa kanak-kanak masih bersih dari kekotoran dan hati  masih lembut.
5.      Proses pendidikan tidak semestinya berlaku secara formal atau di dalam kelas atau masjid sahaja. Tetapi ia boleh berlaku secara informal tanpa mengira waktu atau tempat. Ketika berkenderaan, ketika makan, ketika sedang solat, ketika berkhutbah, di waktu tengah malam dan sebagainya.
6.      Perkara yang asas dan paling penting dalam pendidikan ialah akidah. Rasulullah mengajar kanak-kanak akidah yang penting iaitu jaga hukum Allah, maka Allah akan jaga keselamatan dan keamanan kamu.
7.      Hadith ini merangkumi asas-asas penting dalam agama sehingga kata sebahagian ulama: Aku memerhati dalam hadith ini, maka ianya sungguh menakjubkan dan hampir-hampir menjadikan aku bingung. Oh alangkah dukacitanya disebabkan kejahilan dan kurangnya kefahaman manusia tentang maksud hadith ini.
8.      Maksud  "Jagalah Allah .." ialah jaga segala hukum agama dengan mengikut segala  perintah Allah dan meninggal segala larangan-Nya.. Barangsiapa yang melaksanakan perintah Allah dan meninggal segala larangan-Nya setakat yang termampu, maka ia akan di jamin keselamatan hidupnya, keluarganya, hartanya dan yang lebih penting daripada semua itu ialah imannya akan di jaga oleh Allah dalam apa keadaan sekalipun.
9.      Antara hukum Allah yang paling besar dan penting di pelihara ialah solat. Firman Allah ta'ala yang bermaksud :
" Jagalah kamu akan solat lima waktu dan solat pertengahan".
          [Al-Baqarah:238]
Sabda Rasulullah s.a.w. :Barangsiapa yang memelihara solat lima waktu, adalah baginya di sisi Allah janji untuk memasukkannya ke dalam syurga.  [HR Ahmad, Abu Daud, Al-Nasai'e, Ibn majah dan sohehkan oleh Ibn Hibban].
10.  Wajib juga menjaga anggota badan daripada melakukan perkara yang haram khususnya dua anggota utama iaitu mulut dan kemaluan (nafsu syahwat). Sabda Rasulullah s.a.w. :Barangsiapa menjaga apa yang di antara dua janggutnya (mulut) dan apa yang di antara dua kakinya (kemaluan), maka ia pasti  masuk syurga.
                        [Hadith soheh-Riwayat Al-Hakim, Al-Tirmiziy dan Ibn Hibban]
11. Wajib menjaga mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang haram. Firman Allah ta'ala yang bermaksud:
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka (daripada melihat perkara haram) dan hendaklah mereka menjaga kemaluan-kemaluan mereka.  [Al-Nur :30]
            Firman Allah ta'ala yang maksudnya:
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati-hati kesemuanya akan di persoalkan (tentang peranan masing-masing). [Al-Baqarah:235]
12. Maksud  "Allah menjaga kamu.."  ialah : Barangsiapa yang menjaga batas-batas agama, hak-hak Allah maka Allah akan menjaga dirinya, anak isteri, harta bendanya dan lebih penting daripada itu ialah Allah menjaga agama dan imannya.
13. Antara contoh-contoh mereka yang di jaga oleh Allah di semua keadaan ialah:.
i.                    Kisah Ashabul Kahf  yang tidur dengan nyenyak dan aman selama 390 tahun di dalam gua bersama anjing dan mereka ketika itu sedang di buru oleh musuh.
ii.                 Kisah Hajar dan Anaknya Nabi Ismail –alayhissalam-  yang di tinggalkan oleh Nabi Ibrahim –alayhissalam- di bumi yang kering kontang, tidak ada tempat tinggal, manusia, tumbuh-tumbuhan, makanan dan air. Tetapi mereka selamat di beri rezeki dan di jaga oleh Allah.
iii.               Kisah Nabi Yusof –alayhissalam- yang di campak ke dalam telaga oleh adik beradiknya ketika berumur 12 tahun, kemudian di pungut oleh pedagang dan di jual sebagai hamba, lalu di beli oleh al-Azizi (pembesar Negara). Setelah menjadi budak suruhan beliau di fitnah oleh isteri al-Aziz tetapi di pelihara oleh Allah dari fitnah tersebut. Friman Allah ta'ala yang bermaksud:
"….Demikianlah  (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusof perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan  keji, kerana sesungguhnya ia adalah dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.  [Yusof: 24]
Friman Allah ta'ala yang bermaksud:
"…….Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan nikmat-Nya ke atas kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan  pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.    [Yusof: 90]   
iv.               Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar r.a. di pelihara oleh Allah daripada kejahatan musyrikin Makkah ketika berada dalam gua Thur bahkan Nabi s.a.w. merasa tenang dan selamat walaupun musuh berada di luar pintu gua. Firman Allah ta'ala:
Maksudnya : " Ketika mana Ia berkata kepada sahabatnya : Janganlah kamu bersedih kerana Allah bersama (menjaga) kita. [Al-Taubah:40]
14.  Antara contoh mereka yang tidak di jaga fizikalnya tetapi di jaga imannya ialah kisah Umar al-Khottob di saat kematiannya ketika di tikam, beliau masih mampu membaca ayat al-Quran dan bertanya tentang solat orang ramai seterusnya beliau mendirikan solat dan akhirnya beliau di beri syahid oleh Allah.

  1.  Kata  Mujahid: Tidak ada seorang hamba pun melainkan ada seorang malaikat yang menjaganya ketika tidur dan ketika sedarnya daripada jin, manusia dan binatang. Maka tidak datang sesuatu pun kepadanya  melainkan malaikat akan berkata: Itu di belakang kamu kecuali apa yang telah di di izinkan Allah. 
  2.  
16.       Rasulullah s.a.w juga tidak pernah meninggalkan doa ini pada waktu pagi dan petang: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau ‘afiah (keselamatan) di dunia dan di akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kemaafan dan ‘afiah (keselamatan) pada agamaku, duniaku, ahli keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupkanlah auratku (keaibanku), amankanlah ketakutanku, peliharalah aku sama ada dari hadapanku, belakangku, kananku, kiriku dan atasku. Dan aku berlindung dengan kekuasaan-Mu daripada aku dikhianati daripada bawahku.” [Riwayat Ahmad]
17.       Allah s.w.t akan menjaga hamba mengikut kadar kesolehannya (kebaikannya di dunia) selepas dia mati pada zuriatnya sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta’ala: “Dan ibubapa mereka berdua adalah orang yang soleh…” [Al-Kahfi: 82] yang bermaksud: Mereka berdua dipelihara disebabkan kesolehan ibubapa mereka. Sa’id bin al-Musayyib berkata kepada anaknya: Aku akan tambahkan solat demi kerana engkau, dengan harapan aku dipelihara kerana engkau. ‘Umar bin Abdul Aziz berkata: Tidak ada seorang mu’min pun yang mati melainkan Allah akan menjaganya dan keturunannya selepas kematiannya.
18.       Maksud jagaan Allah: Allah akan menjaga agama dan iman hamba-Nya, dan Dia akan menjaga kehidupannya daripada terjebak ke dalam perkara yang syubhat dan menyesatkan, dan daripada syahwat yang haram, dan menjaga agamanya ketika dia mati, kemudian Allah mematikan dia di dalam iman.
19.       Di dalam al-Sahihain yang diriwayatkan oleh al-Barra’ bin al-‘Azib, Nabi s.a.w memerintahkannya untuk berdoa ketika hendak tidur: “Sekiranya Engkau pegang jiwaku maka rahmatilah ia. Sekiranya Engkau lepaskannya maka peliharalah ia sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang soleh.”
20.       Nabi s.a.w pernah mengajar ‘Umar di dalam satu hadith: “Ya Alla, peliharalah aku dengan Islam sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau ketika tidur. Dan janganlah Engkau tundukkan musuh atau orang yang dengki kepadaku.” [Riwayat Ibnu Hibban di dalam Sahihnya]
21.       Nabi s.a.w mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang ingin bermusafir dengan berdoa: “Aku berdoa semoga Allah menjaga agamamu, amanahmu dan kesudahan amalanmu.” [Riwayat al-Nasa’ie]
22.       Secara kesuluruhannya, Allah akan menjaga orang mu’min yang menjaga segala batas-batas agama yang telah ditentukan oleh-Nya, dan menghalang dirinya daripada tertipu dengan segala perkara yang boleh merosakkan agamanya, sebagaimana dalam kisah Nabi Yusuf ‘alayhissalam:
Demikianlah Kami menjauhkan dirinya daripada kejahatan dan perkara yang keji. Sesungguhnya dia termasuk daripada hamba-hamba Kami yang ikhlas.” [Yusuf: 24]
23.       Kata Ibnu Abbas ketika mentafsirkan firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya Allah menghalang di antara seseorang itu dan hatinya…” [Al-Anfal: 24], iaitu: Allah menghalang antara orang mu’min dengan perkara maksiat yang boleh mengheretnya ke Neraka.
24.       Maksud “Jagalah Allah nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapan Engkau.” ialah: Sesungguhnya siapa yang menjaga batas-batas Allah, dan menjaga hak-hak-Nya, nescaya dia akan mendapati Allah bersamanya dalam setiap keadaan. Dia akan meliputinya (dengan rahmat), menolongnya, menjaganya dan meringankan (beban-bebannya), firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang yang selalu membuat kebaikan.” [Al-Nahl: 128]
Qatadah berkata: Siapa yang bertaqwa pada Allah, Dia akan ada bersamanya. Dan siapa yang Allah ada bersamanya, maka dia akan bersama dengan kumpulan tentera yang tidak akan kalah, pengawal yang tidak akan tidur, dan pemberi hidayah yang tidak akan menyesatkan.
25.       Kebersamaan yang khusus ini juga membawa kepada bantuan, pertolongan dan jagaan daripada Allah. Maka barangsiapa yang menjaga Allah, menjaga hak-hak-Nya, dia akan mendapati-Nya di hadapannya dalam setiap keadaan, sebagaimana di dalam hadith: “Sebaik-baik iman ialah seseorang hamba itu dia mengetahui bahawa Allah sentiasa bersamanya (melihatnya) di mana sahaja ia berada.”
26.       Ini bermakna kenalnya seseorang hamba itu kepada Tuhannya terbahagi kepada dua:
·        Kenal Tuhannya secara umum, iaitu kenal dengan membenarkan Allah dan beriman dengan-Nya.
·        Kenal dengan khusus: Iaitu cinta kepada Allah secara keseluruhannya, hidup semata-mata kerana-Nya, sentiasa merasai di temani-Nya, tenang apabila berzikir kepada-Nya, malu kepada-Nya, merasai kehebatan-Nya. Kata sebahagian ulama: Orang-orang yang miskin di dunia ialah mereka yang keluar daripada dunia tanpa merasai kemanisan yang terbaik di dunia,lalu di tanya: Apakah kemanisan itu? Jawabnya: Iaitu ma’rifatulLah Azza wa Jalla.